Support 'R' - a Muslim migrant worker with cancer (ZAKAT ELIGIBLE) | Bantulah ‘R’ – Pekerja Asing Muslim Penghidap Barah (LAYAK MENERIMA ZAKAT)
Update (11 May): We've met the $25,000 target for R, thank you so much!!! The link to donate is still open, but any funds raised after this will be transferred to the Standing Medical Fund for Transient Workers Count Too (see give.asia/migrantworkers2021 )
TLDR: #SGMuslims4MigrantWorkers is collaborating with Migrant Mutual Aid to fundraise SGD25,000 for ‘R’ (anonymised) to receive chemotherapy and potentially a life-preserving bone marrow transplant. For Muslims looking to give their zakat this Ramadan, this is zakat-eligible! (Endorsements from religious scholars below.) But donations are welcome from everyone regardless of religious background.
This is part of the fundraiser at give.asia/migrantworkers2021 See there for more details! Any funds raised for R exceeding $25,000 will be redirected to the TWC2 Standing Medical Fund.
R’S TREATMENT SO FAR & WHAT WE ARE RAISING MONEY FOR
Over the last 6 months, R had to borrow money to manage payments for his chemotherapy, and was running out of means to repay these debts and continue with his treatment. Through Migrant Mutual Aid, various individuals raised SGD 8,000 for the last four months of R’s chemotherapy.
Chemotherapy can buy some time, but to significantly extend R’s long term prognosis, he requires a bone marrow transplant. This is estimated to cost SGD 22,000 in total, converted from Bangladesh taka (currency of Bangladesh). The SGD 25,000 that we seek to raise would enable R to receive this potentially life-preserving treatment, as well as provide some relief for his family in light of the loss of R’s income and his medical needs. In the event that R is ultimately unable to undergo a bone marrow transplant or otherwise has a poor prognosis, the funds will help him to settle his last affairs and leave some provision for his family, which includes a 2 year old daughter (whom he had not met until these events brought him back to Bangladesh).
ABOUT MIGRANT MUTUAL AID
Migrant Mutual Aid was set up in late 2020 to facilitate the redistribution of resources from Singaporeans to the migrant community. Migrant Mutual Aid sees migrant workers as an integral part of Singaporean community, to whom we owe solidarity rather than charity. In this spirit, Migrant Mutual Aid acts as a conduit between migrant workers with specific needs and persons who wish to extend solidarity by directing resources to such workers. When a worker requests help, Migrant Mutual Aid conducts a verification of their identity and needs (e.g. hospital documentation in the case of medical needs). It then lists this need and leaves it to members of the community to decide whether or not to contribute. Case coordinators then transfer these contributions directly to the worker in question, a process further verified (and records kept) by Migrant Mutual Aid SG.
In relation to R, Migrant Mutual Aid has shared the verification records with #SGMuslims4MigrantWorkers and will, following the conclusion of this fundraiser, share documentation verifying R’s receipt of the funds raised.
FOR MUSLIM DONORS: WHY THEY DESERVE YOUR ZAKAT
- al-fuqarâ (poor) or al-masâkîn (needy) (depending on their individual situation), and also
- trapped in debt (al-gharimin) and
- wayfarers in a foreign land (ibnussabil).





About #SGMuslims4MigrantWorkers
#SGMuslims4MigrantWorkers is a movement started in 2018 to promote and operationalise the principle that migrant workers are deserving recipients of zakat and other regular donations from the Muslim community. Support from the Muslim community and our non-Muslim friends/allies in 2018 and 2019 allowed more than 40 injured or ill workers to promptly access medical treatment, where they otherwise would not have been able to do so. Join our Facebook community for more details and updates: bit.ly/sgmuslims4migrantworkers
See our previous campaigns at
launchgood.com/migrantworkers2018
launchgood.com/migrantworkers
give.asia/migrantworkers
TLDR: #SGMuslims4MigrantWorkers kini bekerjasama dengan Migrant Mutual Aid untuk mengumpulkan dana sebanyak SGD25,000 bagi kegunaan ‘R’ (beliau enggan dikenal pasti). Dana tersebut akan digunakan bagi membiayai rawatan kemoterapi yang diperlukannya, di samping meraih peluang mendapatkan pembedahan pemindahan sumsum tulang yang mampu menyelamatkan nyawa.
Kepada anggota umat Islam yang mencari saluran membayar zakat, beliau layak menerimanya! (Baca hujah sokongan daripada asatizah setempat di bawah). Derma biasa daripada warga tidak kira bangsa dan agama turut dialu-alukan.
Usaha ini diadakan sebagai sebahagian daripada pengumpulan dana #SGMuslims4MigrantWorkers menerusi laman give.asia/migrantworkers2021. Layari laman tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut! Jika jumlah derma secara keseluruhannya melebihi sasaran $25,000, bakinya akan disalurkan kepada Tabung Kecemasan Perubatan TWC2
RAWATAN YANG DILALUI ‘R’ SETAKAT INI DAN TUJUAN PENGUMPULAN DANA
Dalam kes ‘R’, barah tersebut sudah tersebar kepada bahagian tulang sebelum mendapat pengesahan doktor lagi. Disebabkan barah yang dihadapi ‘R’ itu jenis agresif, beliau memerlukan suntikan kemoterapi sejurus tiba di Bangladesh malah peluang mendapatkan pembedahan pemindahan sumsum tulang dijangka berlaku dalam masa terdekat. Namun, beliau kemudian mendapat tahu bahawa rancangan rawatan yang bakal dilalui tidak akan menghapuskan barah itu malah sekadar bertujuan melanjutkan riwayat semata dan memberikan tubuhnya peluang terbaik melawan barah selama mungkin. Dengan cara itu, pakar perubatan berharap beliau boleh meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan dua cahaya mata mereka yang berusia dua dan lapan tahun.
Sepanjang tempoh enam bulan lalu, ‘R’ terpaksa meminjam wang demi membiayai rawatan kemoterapi. Beliau kini terdesak mencari peluang melunasi hutang tersebut sekali gus terus mendapatkan rawatan. Hasil bantuan Migrant Mutual Aid, beberapa individu berjaya mengumpulkan dana sebanyak SGD8,000 untuk membiayai kos kemoterapi ‘R’ sepanjang empat bulan lalu.
Rawatan kemoterapi boleh melanjutkan usia ‘R’ tetapi perubahan terhadap prognosis bagi tempoh jangka panjang memerlukannya menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang. Secara keseluruhannya, kos pembedahan itu dijangka mencecah SGD22,000 apabila melakukan penukaran mata wang daripada taka Bangladesh.
Justeru dana SGD25,000 yang hendak dikumpulkan boleh membantu ‘R’ mendapatkan rawatan serba penting itu seraya meringankan beban keluarga yang kini kehilangan mata pencarian. Walaupun pada akhirnya ‘R’ tidak boleh menjalani pembedahan itu atau menerima prognosis lebih buruk, dana tersebut tetap mampu membantunya menghuraikan segala kekusutan yang dihadapi dan menyokong keluarganya kelak.
TENTANG MIGRANT MUTUAL AID
Migrant Mutual Aid ditubuhkan lewat tahun 2020 sebagai usaha mengendalikan pengedaran semula bantuan yang dihulurkan warga Singapura kepada pekerja pendatang. Migrant Mutual Aid menganggap pekerja tersebut sebagai kelompok penting yang perlu disepadukan dalam fabrik sosial Singapura dan bukan sahaja sebagai penerima bantuan.
Bersandarkan semangat ini, pertubuhan itu bertindak sebagai orang tengah antara pekerja yang memiliki keperluan khusus dengan individu yang mahu menghulurkan bantuan berkenaan. Apabila seorang pekerja asing memohon bantuan, Migrant Mutual Aid akan melaksanakan proses pengesahan identiti dan keperluan, contohnya dokumentasi daripada hospital bagi kes perubatan. Keperluan itu seterusnya akan disenaraikan lalu anggota masyarakat boleh memutuskan sama ada mahu menderma ataupun tidak. Pengendali kes kemudian memindahkan bantuan itu langsung kepada pekerja berkenaan. Proses sedemikian turut disahkan dan dirakam Migrant Mutual Aid.
Bersangkutan kes ‘R’, pihak Migrant Mutual Aid telah berkongsi rekod pengesahan bersama #SGMuslims4MigrantWorkers. Apabila usaha pengumpulan dana tamat, Migrant Mutual Aid akan berkongsi bukti bahawa ‘R’ sudah menerima wang sumbangan itu.
BAGI PENDERMA MUSLIM: MENGAPA MEREKA LAYAK MENERIMA ZAKAT ANDA
Pekerja Muslim asing boleh digolongkan bukan hanya kepada satu malah beberapa asnaf. Mereka boleh dianggap sebagai:
• al-fuqarâ (fakir)
• al-masâkîn (miskin) (bergantung pada keadaan masing-masing)
• al-gharimin (dibelenggu hutang)
• ibnussabil (musafir)





TENTANG #SGMUSLIMS4MIGRANTWORKERS
launchgood.com/migrantworkers2018
launchgood.com/migrantworkers
give.asia/migrantworkers
S$25,180 Raised
Of S$25,000 Goal from 234 Givers
This campaign has raised enough funds successfully.
Thanks to many givers like you!
Here’s another similar campaign that needs your help
#WhyIGave